Kurangnya Ilmu Punca Rosak Akidah & Akhlak
/
0 Comments
Astaghfirullahal ‘Adzim, semakin teruk dan rosak akidah segelintir anak remaja kita. Disebabkan 'cinta' kepada pakwe/makwe sanggup mengeluakan kata-kata yang boleh merosakkan akidah dorang.
Perkara macam ni selalunya berlaku di laman sosial yang menjadi medium utama dorang nak luahkan rasa cinta dan sayang kat pasangan masing-masing atau senang cerita nak SHOW OFF kisah cinta dorang yang kononnya macam Romeo & Juliet dan pasangan dalam cerita Laila Majnun.
Samada dorang sengaja atau tak tu bukan alasan untuk dorang cakap macam tu sebab kata-kata begitu boleh merosakkan akidah dorang.
Nak menegur atau menasihat di media sosial sangat susah sebab akan dicop 'Ustaz Google', 'Ostad & Ostajah' dan gelaran-gelaran lain. Bagi mereka, hanya ustaz & ustazah yang belajar ilmu agama di timur tengah saja yang layak untuk tegur menegur orang lain.
Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud :
“Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.”
(Riwayat Oleh Muslim)
Tapi, sometimes si penegur menggunakan kata-kata yang kesat dan mendoakan perkara yang tidak baik kepada dorang. Kita nak menegur biarlah beradab bukan biadab. Macam mana dorang nak berubah kearah yang lebih baik kalau si penegur sendiri tak baik dan boleh dijadikan contoh.
Gunakan perkataan dan ayat yang lebih berkesan yang mungkin melembutkan hati mereka menerima nasihat, bukan menggunakan kata kesat yang mengeraskan hati mereka yang sememangnya keras.
Niat baik tidak berguna jika digunakan dalam tindakan yang tidak sesuai.
Gunakan akal ketika berbicara & jangan gunakan emosi. Doakan mereka agar mereka sedar akan perbuatan mereka dan kembali kearah yang benar.
Yang baik dari Allah, yang buruk hasil idea dan pendapat aku sendiri. K Bai.