Tutorial : Download Video Youtube Tanpa Software
/
0 Comments
Mungkin ramai yang lebih advance dari aku dalam bab download mendownload video dari youtube. Tapi rasanya tak salah nak kongsi ilmu yang ada.
Pada yang guna IDM (Internet Download Manager) memang senang sebabnya dah ada add-ons bila play je video kat youtube akan keluar 1 box atas kotak video macam ni.
Benda tu keluar bila IDM version compatible dengan browser version yang kita guna, kalau tak compatible dia takkan keluar. Tapi jangan risau sebab ada cara mudah nak download video dari youtube tu.
Step 1 : Search la video kat youtube yang anda nak download.
Step 2 : Letakkan 'ss' di hadapan url video youtube yang anda berminat nak download.
Tak nampak? Takpe boleh dizoom bagi lebih jelas.
Step 3 : Tak perlu nak copy & paste kat mana-mana youtube downloader, tekan je 'ENTER' dan anda akan dibawa ke sini.
Final Step : Download la video yang anda mahu mengikut format dan kualiti video yang anda suka.
Pada yang dah cuba boleh la tinggalkan komen dan kongsi dengan kawan-kawan anda yang tak tahu.