Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Salam aidilfitri buat semua kawan2 blogger yang baca post ni. Maaf Zahir & Batin kalau ada salah dan silap sepanjang blogging dan kalau ada tersalah kata, tersalah taip, tersalah copypaste harap dimaafkan. Jemput follow di Instagram dan like page bisnes kecil-kecilan.

Raya ni banyak ambil gambar, meh la cuci dengan Mizo Venture.


Syawal ni MIZO VENTURE ada buat promosi, pada yang berminat boleh la PM kitorang kat page untuk bertanya atau buat tempahan. Dijamin puas hati.


ok guys, see u there if u interested. Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. See ya.
Salam

Sedih bila mengenangkan speed wifi kat tempat belajar ni. Nama gah 'British' tapi speed wifi tak segah namanya. Bagi aku yang bayar beribu-ribu duit untuk belajar kat sini, wifi menjadi keutamaan aku. Mana tak nya bila nak google untuk cari bahan rujukan belajar pun kena tunggu page habis loading serupa tunggu ayam jantan bertelur walaupun router wifi dekat sangat ngan bilik hostel.



Sambung cita. Kira dah bernasib baik kalau sesi meng'google' berjalan lancar dan dapat masuk page tu, tapi kadang kadang punya lama tunggu resultnya 'page loading error'. Perghhhh, menyirap rasanya sambil keluar maki hamun kat wifi.

Wifi dah sebenarnya keperluan kat setiap universiti. Student bayar yuran fasiliti dan lain2 yuran untuk rasa selesa bila ada kat U tapi aku tak rasa pun kemudahan asas tu.

Rasanya tak guna melalak kat blog pasal wifi hostel ni. buat penat jari menaip je. So, K bai.


Nampak macam sedap je kan. Hahaha. Pada pandangan mata aku memang la aku kata nampak macam sedap sebab aku yang masak. Bau pun macam sedap sebab hidung aku yang bau bukan hidung korang.

Rasanya bila aku masak semua orang dalam rumah duk kembang kempis hidung menahan gelora asmara ataupun menahan amarah dengan asap berkepul-kepul dalam rumah. Hihihi

Yang ni favourite aku. Ayam goreng kunyit. Resipi Mr.Google

Aku cuba rasa masakan aku sedap je tak taw la lidah aku ni menipu aku ke tak. Tapi memang sedap. hihi. Sedap atau tak letak tepi dulu, yang penting perut kenyang. Jemput makan semua !