Perginya Pendakwah Nasyid

/
0 Comments

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Tiba-tiba putra teringin nak buat entri berkenaan insan yang pernah memeriahkan dunia musik nasyid negara kita. Mereka berdakwah melalui lagu-lagu nasyid yang mereka nyanyikan.

Pemergian mereka mengadap Illahi memberikan impak yang besar terhadap dunia hiburan nasyid. Kehilangan pendakwah & penasyid tanah air seperti mereka amat dirasai oleh peminat-peminat genre nasyid di Malaysia.

Azahari Ahmad | 29 Sept 2001

Beliau meninggal dunia ketika Anugerah Era sedang berlangsung di Genting Highland ,Pahang.


Sedikit info tambahan mengenai Kumpulan Raihan yang pernah dianggotai oleh
Allahyarham Azahari Ahmad.

RAIHAN adalah sebuah kumpulan nasyid yang berasal dari Malaysia yang membawa erti haruman dari syurga. Kumpulan ini ditubuhkan bersama oleh Farihin Abdul Fattah pada 1996.

Anggota asal kumpulan ini adalah :
  • Azahari Ahmad (Allahyarham),
  • Nazrey Johani,
  • Abu Bakar Mohd Yatim,
  • Che Amran Idris
  • Amran Ibrahim.

Kemunculan Raihan pada penghujung 90-an telah menggegarkan Malaysia dan bermulalah industri nasyid secara komersial. Lagu-lagu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia.

Susulan dengan itu, Raihan terkenal hingga ke seluruh pelusuk dunia dengan irama yang segar sehingga muzik mereka menjadi asas rujukan nasyid kontemporari dunia. Saban tahun, pasti Raihan menjelajah ke merata dunia seperti Eropah, Timur Tengah, China, Indonesia dan Australia. 

Tidak hairanlah dalam album Syukur pada 1998, pendakwah terkenal Yusuf Islam (dahulunya Cat Steven) berduet untuk lagu Rakan Selawat: The Seal of The Prophet dan God Is The Light.


Mohamad Asri Ibrahim | 13 August 2009


Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi.

Kumpulan Rabbani merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 March 1997.

Rabbani yang bermaksud Yang Arif dan Yang Soleh bermatlamat untuk menyeru diri, keluarga dan masyarakat kearah kebaikan.

Kumpulan Rabbani dianggotai oleh 11 anggota yang kesemuanya lelaki :
  • (Asri) Mohamad Asri bin Ibrahim | (Meninggal dunia)
  • (Zul) Zulkiflee bin Azman
  • (Rahmat) Ahmad bin Syafie
  • (Asri Ubai) Mohd Asri bin Ubaidullah
  • (Deen) Mohd Rithaudden bin Yaakob
  • (Lokman) Mohd Loqman bin Abd. Aziz
  • (Azadan) Azadan bin Abdul Aziz
  • Hamzah bin Hasyim
  • M. Afendi bin Shahbudin
  • Nazrul Azhar bin Tamrin
  • Azizan bin Khalid 

Sedih dengan pemergian mereka. Setiap yang hidup pasti akan mati. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat, ahli keluarga, sesama muslim dan tak lupa juga kepada Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) & Allahyarham Azahari Ahmad.

Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.





You may also like

No comments: