http://curium-cr.com/my-5405872

Pernah menyayangi seseorang? Kalau pernah korang kena tengok video ni sebab ada seorang tua yang cakap pasal kasih sayang. Terbaikkk ayat dia bagi. Rugi kalau tak tengok. Ayat tak boleh blah "Whats your is yours, whats him is yours also".

Lihat video penuh di SINI.


Sikap negatif pasti ada dalam diri setiap manusia tapi ianya terpulang pada setiap individu untuk terus mengikut tunjuk sikap itu atau berusaha untuk melawan dan seterusnya membuang sikap tersebut.

Salah satu sikap negatif yang popular di Malaysia ialah sikap tidak bertanggungjawab dan suka melihat kesilapan dan menyalahkan orang lain.


Sebagai contoh sikap suka menyalahkan orang lain ini apabila berlakunya kemalangan jalan raya, for sure kenderaan yang melanggar akan menyalahkan kenderaan didepan sebab brek secara mengejut kecuali jika kenderaan depan bawak cara merbahaya itu memang salah dia.

Cuba kalau kereta yang melanggar ikut peraturan jarak selamat, mungkin kemalangan dapat dielakkan. Tak ke gitu? Tapi itu kemungkinan je la, bukan jaminan okeh.

P.S : ROKOK - John Rokok Kongsi Gelap


Seperkara lagi tentang menyalahkan orang lain ni bila berlaku traffic jammed pada waktu pagi nak pergi kerja, kita salahkan orang lain keluar lambat untuk pergi kerja. Sebelum nak menyahkan orang lain kita tanya diri sendiri Kenapa kita sendiri keluar lambat sedangkan kalau keluar awal boleh sampai opis awal dan boleh minum kopi di pejabat sementara nak tunggu mula waktu pejabat.

Sikap suka menyalahkan orang lain ni dah menjadi tabiat kita tanpa kita sendiri sedar sebab menyalahkan orang lain sangat mudah. Tuding je jari kau salah kau salah aku tak salah. Setel !

Atasi Sikap Negatif Dalam Diri


Sudah-sudah la bersikap negatif. Jadikan hidup kita ni penuh dengan sikap positif seperti sentiasa gembira dan bangga dengan diri sendiri. Buang semua sikap negatif yang ada dalam diri seperti dengki serta dendam.

Sebenarnya jika sikap negatif dalam diri kita berjaya dibuang dan yang ada hanyalah sikap positif, kita berjaya memiliki kunci kegembiraan. Takda orang yang suka berdendam rasa gembira, tension belaka.


Untuk melatih diri sentiasa bersikap positif dengan cara sentiasa rasa bertanggungjawab atas apa sahaja yang berlaku. Jika kita mempunyai rasa tanggungjawab, kita tidak akan mudah menyalahkan orang lain sekiranya berlaku sesuatu sebaliknya kita akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikannya dan tindakan kita secara tidak sedar dah berjaya memedamkan sikap negatif yang ada dalam diri kita.

Kita punya badan kita yang mengawalnya untuk dipenuhi dengan sikap positif ataupun negatif. Segala yang dilakukan adalah tanggungjawab kita sendiri. Berusaha untuk bertindak sewajarnya bagi mengatasi masalah yang timbul. Jadilah individu yang hanya mempunyai sikap positif dan menumpukan perhatian terhadap matlamat hidup kita.

Bertindaklah segera memerangi sikap negatif yang merupakan sikap yang boleh menjatuhkan diri serta masyarakat.


Assalamulaikum der dan kak. Kita yang hidup di Malaysia sangat beruntung sebab dapat hidup dengan kaum/bangsa yang lain daripada bangsa kita. Lagipun dekat Malaysia ni kan ada macam-macam kaum seperti Melayu, India, Cina, Punjabi, Kadazan, Bajau, Jawa dan seterusnya. Kalau nak tulis semua memang tak larat nak google atau belek buku sejarah adik.

Dalam suasana hidup berbilang bangsa ni masih ada lagi manusia yang agak obses dengan bangsa sendiri. Suka sangat cakap buruk perihal bangsa lain atau dalam bahasa mudah orang yang RACIST. Makin lama spesis racist ni semakin ramai dan kebanyakan spesis racist yang muncul kat alam maya ni bangsa guwa sendiri, MELAYU !


Sesedap hati je nak mengata orang lain macam diri tu dah sempurna sangat ! Harlem shake sungguh Hotakbeliau ni. Komen macam takda Hotak.

Kadang-kadang masa guwa tengah memandu dan ada pemandu 'berhemah' bawak keta macam harlem memang guwa maki habis tak kira la bangsa apa. Selalunya ayat paling senang keluar dari mulut guwa "Stupid punya _________" (isi tempat kosong). Shhhh.. Guwa bukan racist !!

 

Bukan nak backup cakap bangsa lain tak racist, dorang pun racist juga tapi rasist dorang tak seganas racist kaum Melayu ni. Tengok video ni bagi cuci sikit otak mereka-mereka yang semangat racist tinggi sangat tu.


Hiduplah dengan sifat menghormati antara satu sama lain. Dengan wujudnya sikap dan sifat begitu kehidupan kita lebih bermakna dan aman sentosa. Ayat macam jawab soalan exam pulak. Hahaha!!


Jom la kita sesama buang sikap perkauman dalam diri kita tu. Buang semua sikap negatif yang hanya merosakkan diri dan pemikiran kita. Sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan dan situasi.


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalamulaikum dan Salam 1 Dunia. Umur dah makin meningkat plus wajah pun makin lama makin berkedut. Dalam usia sekarang yang tak berapa nak tua dan muda guwa fikir nak berumahtangga muda sebab takda la nanti dah ada anak muka guwa macam atuk pulak. Tapi permasalahannya disini guwa takda duit nak buat macam-macam tuk perkahwinan tu.

Disebabkan guwa ni lelaki, guwa kena sediakan duit hantaran yang beriban untuk bagi kat wanita bakal isteri guwa. Ingat cikai-cikai ke hantaran perkahwinan kat malaysia tanah airku ni, siap ada stendet-stendet nilai hantaran mengikut tahap kelulusan pelajaran lagi. Ni guwa cedok dari internet, jangan label guwa yang letak nilai tu ok.

Hantaran mengikut Kelulusan :

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000

Tengok nilai-nilai tuh menggigil gak tubuh badan ni. Awek sekarang sekurang-kurangnya ada diploma dan kalau ikut stendet diploma hantarannya RM8,000 - RM12,000. Kalau la gaji bulanan RM1.5k, agak-agak berapa kena simpan tuk dapatkan nilai paling kecil RM8k tu. Kalau jenis berminat mungkin dalam 2-3 tahun dapat la teruskan niat bernikah tapi kalau jenis simpan cukup-cukup untuk makan bulan depan, berjanggut la perempuan tu kena tunggu nak sampaikan hantaran RM8k.

Persoalannya kenapa perlu nak hantaran tinggi-tinggi? Kalau korang boleh jawab tolong jawab sebab guwa nak tau juga kenapa hantaran nak kena tinggi. Kalau boleh korang komen la, nanti guwa update kat entri ni.


Guwa pasti ramai yang terpaksa hold niat nak berkahwin disebabkan perkara macam ni. Berpada-padalah nak meminta wang hantaran sebab yang wajibnya mahar(mas kahwin) bukan hantaran. Kalau pun nak anggap wang hantaran sebagai hadiah si lelaki untuk si perempuan, jangan la banyak sangat.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ".
( Riwayat Abu Daud )

Tambahan, kalau nak buat majlis persandingan tu tak payah la buat grand berhabis berpuluh-puluh ribu. Buat ikut yang termampu dan yang pastinya ikhlas. Kompom meriah majlis tu nanti.

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ".
( Riwayat Ahmad )

Guwa harap entri ni takda menyinggung perasaan mana-mana pihak. PEACE ! See ya.

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Assalamualaikum dan Salam bersalaman. Nak menghafal sesuatu perkara tak mudah dan tak senang kalau kita tak ada ingatan yang kuat. Ingatan lemah mungkin disebabkan beberapa faktor sama ada kurangnya mengambil pemakanan yang sihat dan juga kurang latihan menghafal. Ada beberapa tips saya nak kongsi dengan pembaca blog ni.


Dengan mengamalkan tips ringkas ni diharap dapat membantu kita menguatkan daya ingatan dan dapat menghafal banyak perkara.

1. Jauhkan Maksiat dan Banyak Bermain

Hafalan yang kuat bermula daripada minda yang jernih dan hati yang bersih, Maksiat dan dosa dapat mengotorkan hati. Oleh sebab itu, perkara utama yang mesti dilakukan seorang pelajar adalah dengan menjauhi perbuatan maksiat, sekali gus memperbanyak ketaatan.

Seseorang bertanya kepada Imam Malik.

"Apakah amalan yang dapat menguatkan hafalan?"

Beliau menjawab:

"Jika ada amalan yang dapat menguatkan hafalan, maka ia semestinya meninggalkan maksiat"


Selain daripada tip tadi, ade 1 lagi tip yang boleh kita sama-sama amalkan iaitu

2. Kurangkan Makan dan Tidur

Imam al-Syafi'i berkata:

"Sesiapa yang kenyang dengan makanan halal, ia akan banyak minum dan banyak tidur, kemudian menyesal kerana telah melewatkan banayak keuntungan."


P.S : Nantikan tips-tips yang lain dan juga tips mengenai pelbagai perkara.
سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.


Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.


“Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam. Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA


Sumber : Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Ditetak Ketika Bertugas

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia naik harga minyak. Opss tercakap pulak pasal harga minyak naik malam tadi. Pada sesiapa yang belum tahu mengenai perkara yang hot sekarang ni, biar guwa bagitau korang yee. Tepat 12 tengah malam tadi harga petrol RON95 dan Diesel naik harga sebanyak 20sen seliter.


Dalam kecoh-kecoh harga minyak naik, pasti ada suara-suara ghaib yang membuat statement kurang bijak dari sudut ilmiah dan logik dorang kata:-

Alah naik 20sen je pun, bukan banyak. Negara lain harga lagi mahal tau.

Kan dorang nak naikkan BR1M dari RM500 kepada RM1000, Boleh la guna duit tu.

Mungkin pada dorang kenaikan harga minyak yang hanya 20sen tak membebankan sebab dorang sememangnya dah kaya. Semuanya berbisnes sendiri dan ada duit berjuta-juta dalam akaun tapi bagi kami yang keje biasa dan pelajar ni sangatlah terkesan dengan kenaikan harga minyak walaupun 20sen.

Jangan bising-bising dah sekarang ni. Untuk menjimatkan duit anda, guwa nak ajar dan bagitau korang tips yang sangat berkesan.

Ade sorang ustaz bg petua utk jimatkn minyak kereta . Boleh cuba diamalkan .

  1. Esok pagi sebelum stat enjin keta baca al fatihah . Niat sedekahkan pada kedua ibu bapa.
  2. Hidupkan enjin dan biarkan enjin dalam 5 mnit. bergantung pada jenis dan kuasa cc keta .
  3. Dalam masa sama baca 3 qul dan niatkn hadiah pd kedua ibu bapa .
  4. Matikan enjin .
  5. pastu setat moto pegi kije . In Shaa Allah kite boleh jimatkan minyak keta .

p/s : Selamat beramal ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Raya dah nak dekat. Persiapan raya korang dah buat belum? Kalau belum biar je tak payah sibuk-sibuk nak buat. Raya bersedehana je macam guwa dan mereka-mereka yang terlibat. Mood jahat muncul tiba-tiba tak nak bagi korang raya bersemangat nak raya. Hua3.

Guwa sedih dan pilu dekat-dekat nak raya ni. Ramadhan nak meninggalkan kita. Tak dapat nak menjamu moreh dah. Bosan la pulak dengan blog sendiri. Nak buat entri mesti takda idea. Pape pun sebelum guwa merapu ke peringkat seterusnya, guwa nak ambil kesempatan ni nak bagi korang kat raya dunia maya. Nah ambikkkk.




Buruk kan. Wajib la buruk sebab guwa ni bukan grapik designer. Lepas guwa graduate subjek seni darjah 1 guwa buat lagi kad raya untuk korang tengok. Selamat Hari Raya !!!

Untuk pengetahuan korang walaupun korang taknak tau, orang rumah guwa bagi kuih raya kat guwa. Guwa ajak beliau keluar jenjalan dan tak semena-mena beliau hulurkan beberapa999(baca banyak kali) ketul kuih raya dalam bekas. Tergugat deria rasa guwa yang sememangnya sensitif bulan pose.

Ok. Bye. Last but not least, SELAMAT HARI RAYA !!!
سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Sedikit ilmu aku nak share dengan korang petang khamis ni. Biasa kita dengar tentang LEMBAB tapi jarang kita dengar tentang LEMBAM. Mungkin dari golongan yang sama. Meh study sikit pasal penyakit ini.


Gambar  Hiasan



Definisi

Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

Ciri - ciri:


  • Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
  • Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
  • Sukar menerima arahan.
  • Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
  • Menyebut huruf - huruf yang tidak tepat / salah, bertukar - tukar.
  • Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis.
  • Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
  • Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
  • Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
  • Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
  • Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
  • Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
  • Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
  • Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.


Setiap penyakit pasti ada puncanya kan, antara punca-puncanya ialah:

  • Baka
  • Tersekat pengalaman
  • Intelek yang rendah
  • Masalah emosi
  • Kekecewaan
  • Rasa rendah diri
  • Kemantangan yang lambat
  • Lemah daya ingatan
  • Mudah terganggu tumpuan
  • Kurang rangsangan
  • Faktor-faktor kesihatan
  • Persekitaran
  • Amalan makanan
  • Kesan semasa mengandung
  • Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
  • Ubat semasa mengandung.
  • Kemalangan.
  • Sosio - ekonomi.


Diharap perkongsian yang sedikit ini dapat memberikan banyak ilmu kepada anda. Setiap kekurangan yang Allah beri, pasti ada kelebihan yang lain.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Agak-agak korang besar tak gambar air kat bawah tu. Besar punya aku bagi korang biar tergugat iman bila tengok betapa sedapnya air tuh. Tapi sebenarnya bukan niat aku nak buat cenggitu, tak baik dan tak elok cuba menganiaya orang. Apa yang korang perasan pasal air tuh pada pandangan pertama. Sedap jangan cite la sebab kalau tengok air apa pon sedap time pose ni.

Aku saja nak tunjuk betapa kreatifnya rakyat Malaysia yang tercinta ni dalam bab meniaga. Bijak mengikut perkembangan semasa betul dorang ni. Event terbesar yang berlangsung kat Malaysia muktahir ini (pinjam ayat PM @ tv3 semalam) ialah PRK Besut. Celup jangan tak celup jari dalam botol dakwat tu. Nasib tak dicelupnya dalam botol dakwat marker pen kalau tidak ramai pakat menconteng whiteboard sebab jari dah jadi markerpeng.

Sempena PRK yang berlangsung dan tambahan pula bulan Ramadhan, peniaga bazaar Ramadhan pun guna kesempatan yang ada combine 2 perkara tu jadi 1. PRK + Item @ Bazaar = seperti gambar dibawah.




Biar besar gambar jangan besar lubang hidung bau makanan kat bazaar petang nanti. Selamat berpuasa dan berbuka dengan air DuckWhat Kekal. Har3.


p/s : Padan muka kena scroll nak tengok gambar.
سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Untuk yang tak tau ke-berapa kalinya aku menjoinkan diri ke contest yang bloggers anjurkan. Tak tau kenapa suka join contest tapi tak suka buat contest sendiri. Jawapan untuk persoalan tadi ialah aku memang jenis suka menyibuk kat contest orang lain. Bakk hadiah sebab aku berjaya jawab soalan yang diri sendiri ajukan.

Ok berbalik pada tajuk entri, aku selaku bukan partner blog Jejaka Jambu nak mengajak korang join contest anjuran blog.lime.my. Hiler la blog ni hitam bergaya gitu, aku rasa kalau Jejaka Jambu guna syampu clear bertambah bergaya jadiknya. Macam mengampu pulak aku ni. Harharhar.

Terus terang aku katakan yang aku suka bab design mendesign ni tapi bakat plak takda, so bila tengok blog Jejaka Jambu ni meng'grill'(asyikmembakarje) semangat aku untuk terus berjuang mendalami ilmu kedesignan. Tak paham just let it be. Pfffftt.

Jejaka Jambu nak bagi hadiah kat korang Jangan lupa join.




Kalau ada contest mesti ada hadiah. kankankan. Hadiah yang Jejaka Kacak nak bagi macam gambar-gambar kat bawah. Kalau tengok atas memang takkan nampak gambar sebab takda. Tengok Kanan gambar aku pulak. So korang tengok bawah je ok. Mantoppp hadiahnya. Nak Join ---> SINI


1 x 30,000 mAh Power Bank untuk Entry Paling Kreatif

2 unit x Perfume Power Bank 2,600 mAh (referral link tertinggi, setiap minggu)

3 x free design service (header blog / fb cover)


Sampai disini saja sayang(lirik lagu 60an). Selamat menjoinkan diri anda.


Untuk pengetahuan anda, Tarikh tutup penyertaan adalah pada : 11/08/2013 - 11.59 pm..
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Semoga kisah berikut dapat memberi pengajaran dan kesedaran terhadap sesiapa yang membacanya.


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah.

"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.

"Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.

"Wahai saudara! Apa agama kamu?".

 "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu yaitu agama Islam.

"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.

"Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh karena mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang bodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.

"Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud :

"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T.



Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.



P/s : Ingatlah supaya sentiasa berbuat baik kepada kedua orang tua kita.


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Bukan nak cakap buruk pasal sesuatu perkara tapi bila ada perkara macam ni jadi sangat pelik samada ianya salah atau benar. Lately banyak sangat produk-produk yang dihasilkan menggunakan 'al-quran' dan lain-lain sebagai bahan utama dalam produk tersebut. Bukan nak kata either salah atau betul sebab diri sendiri kurang arif tentang agama tapi kenapa jadikan agama sebagai barang dagangan.

Sebelum bincang lebih lanjut, silakan baca info ini. - Sumber

Adakah perbuatan itu khurafat dan syirik sebagaimana di-claim oleh wahabbi? Atau ada nas & dalil yang membenarkannya? Mari menyelusuri bab ini dengan huraian dalil oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll dan jawapan Ustaz Azhar Idrus di bawah sekali:

Perbuatan itu dinamakan sebagai tabarruk. Apakah makna TABARRUK?

Tabarruk berasal dari perkataan barakah. Makna tabarruk ialah mengharapkan keberkatan daripada Allah dgn sesuatu yg mulia dlm pandanganNya. Dipetik dari kitab Mafahim Yajibu an-Tushahah oleh Dr. Sayyid Muhammad al Maliki, mafhumnya:

"Sewajarnya kita mengetahui bahawa tabarruk itu tidak lain hanya suatu tawassul (jalan) menuju kpd Allah SWT samada ia suatu atsar (peninggalan), tempat atau orang perseorangan. Adapun org yg diberkati Allah hendaklah diyakini bhw dia mempunyai fadilat & taqarrubnya kpd Allah dgn keyakinan bhw dia tetap tidak mampu mendatangkan kebaikan atau menolak kejahatan (bala) kecuali dgn izin Allah SWT. Adapun atsar (peninggalan spt barang-barang dsbnya), maka adalah ia ada hubungan dgn org yg soleh yg diberkati tadi, maka ia adalah mulia kerana kemuliaan yg diberikan kpd org yg menggunakannya tadi. Ia menjadi mulia, diagung, dicintai kerana kemuliaan yg diberikan Allah SWT. Adapun tempat-tempat peninggalan, maka tidaklah ada kelebihan padanya hanya kerana zatnya yg ia semata mata tempat. Keutamaan & kemuliaan disebabkan oleh kebaikan & amal bakti yg selalu dilakukan di tempat itu."

Dalil yg menunjukkan boleh bertabarruk:
Allah SWT berfirman mengenai ucapan Nabi Yusuf a.s, mafhumnya:
"Pergilah dgn membawa bajuku ini, kemudian letakkan pd muka ayahku supaya dia dpt melihat."
(Surah Yusuf : 93)


Selepas bertabarruk dgn baju Nabi Yusuf a.s, maka dgn izin Allah mata ayahnya yakni Nabi Yaaqub a.s pulih semula (dpt melihat)

Disebut dalam Musnad Imam Ahmad, mafhumnya:
"Daripada Abdullah, maula Asma bin Abu Bakar berkata: Asma mengeluarkan (menunjukkan) kepadaku sehelai pakaian ada dua lubang yg berjahit. Lalu Asma berkata: Ini adalah pakaian Rasulullah SAW. Ia dahulu pernah disimpanoleh Aisyah, ketika Aisyah wafat, aku menyimpannya. Kami akan mencelupkannya ke dlm air untuk menjadi ubat kpd org sakit di kalangan kami."

Juga boleh rujuk dalil lain dalam surah al Baqarah : 248, surah Hud : 48, surah an Naml : 8, surah as Saffat :113, surah Maryam : 31, surah Ali Imran : 98, surah al Isra' : 1, surah al Qasas : 30, dan beberapa surah lain.

Kebenaran daripada Rasulullah untuk bertabarruk :
Disebutkan dalam hadith:
"Rasulullah SAW membahagi bahagikan rambut Baginda kpd para sahabat supaya mereka bertabarruk dengannya (rambut)."
(HR Bukhari & Muslim)


Hadith daripada Anas r.a :
"Ketika Rasulullah SAW melihat Jamrah, Baginda SAW berkorban kemudian Baginda SAW meletakkan pencukur di rambut sebelah kanan lalu mencukurnya, lalu memberikannya (rambut) kpd Abu Talhah. Kemudian Baginda SAW meletakkan pencukur di sebelah kiri lalu mencukurnya, lalu berkata: Bahagi bahagikan kpd org ramai"
(Riwayat at Tirmidzi)

Ubaidah r.a berkata.
"Kalaulah aku memiliki sehelai rambut Baginda SAW, maka itu lebih berharga bagiku daripada dunia dan segala isinya."
(Riwayat Bukhari)

Abu Bakar r.a berkata
"Aku melihat Khalid al Walid meminta rambut bahagian depan Rasulullah dan dia menerimanya. Dia biasa meletakkannya di atas matanya dan menciumnya." Diketahui bhw kemudian dia meletakannya di 'qalansuwah' (penutup kepala yg dililit serban) miliknya & selalu menang dlm peperangan"
(Riwayat al Waqi dlm al Maghazi & Ibn Hajr dlm al Ishabah fi Tamyiz as Sahabah)


Contoh dpd para sahabat bertabarruk dgn atsar Rasulullah SAW :
Para sahabat berebut-rebut mengambil wudhu Rasulullah SAW & mengusap usapkannya ke wajah & kedua dua tgn mereka. Bagi mereka yg tidak sempat mendapatkannya, mereka mengusap daripada basahan tubuh sahabat lain yg terkena bekas wudhu Rasulullah SAW lalu mengusapkan ke wajah & tgn mereka."
(Riwayat al Bukhari)

Ummu Salamah memiliki beberapa helai rambut Nabi SAW dlm sebuah botol perak & org akan pergi & mendapat berkat melalui rambut-rambut itu dan mereka sembuh.
(Riwayat al Hafiz al Aini dalam Umdah al Qari)


(Jawapan oleh al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, Pensyarah UIA di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam)

Manakala Jawapan UAI: tidak salah tabaruk dgn rambut Nabi saw atau lain2 yg berkaitan dgn baginda tetapi jgn sampai berlebihan spt menyembah atau seumpamanya yg masuk dlm perbuatan yg syirik..


Isu yang tengah femes kat blog,facebook dan laman sosial yang lain berkenaan air sarang anai-anai. dikatakan anai-anai tu dah macam al-quran tapi stop kat juzuk 22. Maknanya anai-anai tu dah macan 22/30 juzuk al-Quran. Sarang anai-anai yang tadi tuh dicelup dalam air dan dibotolkan kemudian dijual. Menurut pembela anai-anai tersebut, air tu banyak khasiat.





Kalau ada antara pembaca blog ni pernah minum air terapi ni harap beri komen sikit. Nak juga tau apa rasa, khasiat yang dah anda dapat dan juga kesan-kesan pengambilan air terapi tersebut.

Bukan aje air dijadikan terapi atau dikaitkan dengan al-Quran, mentang-mentang nak raya ada pulak insan yang meniaga serunding juga menggunakan Agama sebagai cara promosi. Memang disunatkan berzikir dan berselawat semasa memasak tapi cara promosinya yang salah. Seolah-olah mempergunakan Agama sebagai alat promosi. This is Wrong.




Berikut adalah Video daripada DR. MAZA mengenai isu Eksploitasi Agama. Selamat Menonton.





سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Ya Allah, lapangkanlah dadaku ini agar sentiasa mendoakan kebaikan kepada sahabat yang lain.

"Itulah yang Allah gembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah" 'Aku tidak meminta kepadamu upah untuk ajaran Islam yang aku sampaikan itu, melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat. Dan sesiapa yang mengerjakansesuatu yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya."
( Surah asy-Syura 42: 23)




Untuk berasa selesa dan dapat menjalani kehidupan serta dapat melakukan ibadat dengan tenang, kita amat dianjurkan supaya mengamalkan akhlak mulia. Bukan sahaja untuk diri kita malah dapat memberi manfaat kepada orang disekeliling kita. Mudah-mudahan dengan perkongsian kali ni kita sama-sama bermuhasabah diri dan saya juga nak saling ingat-mengingatkan tentang 7 amalan ini sesama kita.

Amalkan 7 akhlak mulia ini:

Bersikap benar dan amanah - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa dengan kejujuran kita.

Menjaga maruah diri - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati pegangan agama kita.

Bersabar ketika menghadapi kesusahan - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa berlapang dada membantu kita.

Menepati dan menunaikan janji - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling percaya dan menghormati pandangan kita.

Berani dan pemurah - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa bersama kita dalam susah mahupun senang.

Berlemah lembut dengan mahkluk lain - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa di samping kita.

Berasa mulia dengan keimanan - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati dan menghargai bahawa Islam itu indah.



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Here come the new look for my blog. Hopefully korang tak berpinar lagi mata bila singgah dan baca entri blog aku ni. Sebelum ni agak terang bila segalanya kat blog aku putih melepak ala-ala putih-putih melati sebijik macam lagu ST(20-8). To be honest aku suka sangat (kurang sikit daripada suka gile) warna putih sebab melambangkan betapa sucinya diriku ini tapi bila lama-lama tengok blog sendiri macam kertas putih je. Plain sangat la pulak.

Sebab tuh munculnya kerajinan mengedit template blog yang takda isi ni.


My Uncomplete Header


Tak sangka pandai jugak aku mengedit template sebab selama ni aku gheti pakai readymade je. hua3. Walaupun ntah apa-apa aku edit tapi aku bangga aku boleh edit sendiri berbanding anak buah aku yang sekarang ni berumur 2 tahun. Cuma permasalahan aku sekarang ni nak buat header blog. Setakat ni itu aje la yang aku mampu buat, IDEA PLEASE COME INTO MY STONE HEAD !!!

Takpe tunggu la bila aku rajin nanti aku siapkan la header tu. Kalau suka kata suka, kalau tak suka pun korang kena kata suka jugak.

Sebelum aku hilang ingatan pasal benda ni aku nak hebahkan kat korang pasal Forum Perdana yang akan diadakan kat surau tempat tinggal aku esok

Tempat :  Surau Al-Hijrah PPR Intan Baiduri,
Tarikh : 27 Julai 2013
Masa : 10.00am - habis
Ahli Panel :

  • Ustaz Zahazan
  • Ustaz Zaharuddin 
  • Ustaz Zamri Zainuddin (Zamri Mantop).



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Tajuk entri macam ayat orang tak betul je tapi apa gua kesah. Blog gua sukati gua la nak buat tajuk apa pun. Ok im sory tersengaja kasar bahasa. Saja nak tunjuk gengster kat blog sendiri, kalau kat blog orang lain kena halau pulak.

Sebenarnya rindu nak berblogging tapi takda kesempatan nak menaip entri kat blog ni. Banya masak dihabiskan kat my new baby http://www.lepakz.net/. Banyak nak kena adjust kat sana sebab macam-macam masalah jadik lepas laptop hang, template semua lari. Penat gua kejar. Mood sedih tapi gembira.


Selain daripada masalah tu, sebenarnya dalam keadaan kecelaruan minda nak guna gelaran nama ganti diri apa kat blog ni. Takkan disebabkan blog ni blog princekayl, nak kena guna 'BETA' plak. Guna GUA tak sesuai plak, guna SAYA baik sangat plak, AKU macam kasar. Ntah la. Sebab tuh rasa malas je nak update blog ni. Ada cadangan tak?

Out of Mind & Word.. Sambung later.



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Ramai yang tahu khunsa merupakan nama yang diberikan sekiranya seseorang itu mempunyai 2 kemaluan. Tapi korang tau tak ape sebenarnya khunsa ni. Kalau nak tau korang baca sampai habis.

Khun Sa was born to a Chinese father and a Shan mother. He adopted the pseudonym Khun Sa, meaning "Prince Prosperous"(bukan princekayl). In his youth he trained with the Kuomintang, which had fled into the border regions of Burma from Yunnan upon its defeat in the Chinese Civil War, and eventually went to form his own army of a few hundred men. In 1963 he re-formed it into a Ka Kwe Ye local militia loyal to Gen Ne Win's Burmese government. Ka Kwe Ye received money, uniforms and weapons in return for fighting the Shan rebels.

Khunsa

Dah kenal siapa khunsa ni kan.  Jangan marah, gurau2 aje.Nah info tentang khunsa : KHUNSA



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Solat berjemaah tidak diwajibkan bagi kaum wanita berdasarkan sepakat ulama. Tetapi solat berjemaah ini amat digalakkan.

Walaupun wanita digalakkan solat berjemaah di rumah berbanding lelaki yang lebih digalakkan berjemaah di masjid, namun tiada tegahan bagi wanita untuk solat di masjid berjemaah, apatah lagi di rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka."
(Riwayat Ibn Khuzaimah)


Solat Muslimah Di Belakang Imam Muslimah

Solat jemaah wanita di belakang imi wanita adalah harus berdasarkan dalil-dalil berikut:

• Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Solat berjemaah lebih utama daripada solat bersendirian dengan 27 (darjat)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
• Tidak ada larangan bagi seorang wanita menjadi imam bagi jemaah wanita
• Solat berjemaah sesama jemaah wanita pernah dilakukan oleh Ummul Mukminin Aisyah r.ha. dan Ummu Salamah r.a.

Abdul Razzaq meriwayatkan dalam al-Musabbaf:

"Bahawasanya Aisyah r.ha. mengimami para wanita dan berdiri di tengah-tengah mereka (saf depan) dalam solat wajib."

Diriwayatkan daripada Ammar al-Dihni daripada seorang wanita daripada kaum yang bernama Hujairah, daripada Ummu Salamah, bahawa beliau (Ummu Salamah) mengimami mereka (kaum wanita). Beliau berdiri (pada saf awal) di tengah-tengah mereka.

Perlakuan Ummul Mukminin di atas menjadi dalil disyariatkan kepada wanita yang menjadi imam dalam solat jemaah wanita. Tambahan lagi tiada dalil yang menegahnya.


Siapakah Yang Layak Menjadi Imam.

Sekiranya sekumpulan wanita solat bersama, maka wanita yang paling baik bacaannya itulah yang paling layak menjadi imam. Jika semunya sama, maka yang ada ilmu tentang sunnahlah diberikan prioriti.
Seandainya para wanita melakukan solat di rumah seseorang antara mereka, maka tuan rumahlah yang paling berhak untuk menjadi imam kecuali jika diizinkannya kepada orang lain.

Ibn Mas'ud al-Anshari meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., sabda Baginda yang bermaksud:

"Yang berhak mengimami solat ialah orang yang paling bagus atau paling banyak hafalan al-Qurannya. Kalau dari segi al-Quran kemampuannya sama, maka dipilih yang paling mengerti tentang sunnah. Kalau dalam sunah juga sama, maka dipilih yang terlebih dahulu berhijrah. Yang terlebih dahulu berhijrah pun sama, pilih yang terlebih dahulu masuk Islam. Janganlah seseorang mengimami orang lain dalam wilayah kekuasaannya, dan janganlah ia duduk di rumah orang lain di tempat duduk khusus untuk tuan rumah tersebut kecuali dengan izin daripadanya."


Kedudukan Saf Jemaah Muslimah

Jika seorang wanita menjadi imam dalam solat berjemaah dalam kalanganwanita muslimah, maka dia perlulah berdiri di tengah-tengah jemaah, bukan didepan makmum. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis Sayidatina Aisyah dan Ummu Salamah sebelum ini.

Jika kaum wanita melakukan solat berjemaah yang jauh daripada kaum lelaki, maka saf yang paling awla bagi mereka ialah saf pertama. Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (mereka) yang berada pada saf-saf depan."
(Riwayat Abu Daud dan al-Nasa'i)

Namun disebaliknya jika wanita solat di belakang jemaah lelaki, maka saf yang terbaik ialah saf terakhir dan saf yang paling buruk islah saf paling depan.

Berkaitan menguatkan suara semasa menjadi, adakah dibolehkan hal demikian dalam solat jemaah wanita? Menurut Ibn Qudamah dalam al-Mughni, imam boleh menguatkan suaranya pada tempat-tempat tertentu bacaan. Namun jika ada lelaki berdekatan, maka tidak harus melainkan jika lelaki tersebut mahramnya.

Kesimpulannya, renungilah pesanan Rasulullah s.a.w. ini, maksudnya:

"Sesiapa yang melaksanakan solat berjemaah selama 40 hari tanpa melewatkan takbiratulihram dalamnya, dia pasti akan dibebaskan daripada dua perkara; kemunafikan dan api neraka."
(Ihya' Ulum al-Din)



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Pernah putra buat entri berkenaan Belajar VS Mengantuk sebelum ni sebab putra juga seorang pelajar dan mengalami masalah yang sama. Entri kali ni nak share sikit macam mana nak mengatasi masalah mengantuk ketika belajar.

Harap bersama kita cuba amalkan tips ni. Pada yang belum baca entri sebelumnya boleh



Asalkan korang makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, In Shaa Allah sunnah Nabi ini akan bantu korang celik dan fokus masa belajar. Atau bahasa sekarang ni bagi impak maksima ketika korang belajar.

Info tambahan bab makan ni, korang jangan ambil asam atau jeruk sebagai teman belajar atas alasan nak bagi hilang mengantuk sebab asam & jeruk mengurangkan kekuatan memori dan daya fikir.



Allah S.W.T sangat sayangkan hambaNya dan sebab itu Allah S.W.T menciptakan tidur supaya HambaNya dapat merehatkan badan. Sampai masa tidur kena la tidur dan bila dah tidur tu tidur la dengan nyenyak. Jangan pula bila dah tidur tu korang tidur melebih-lebih pula.


Tidur la 6 jam - 8 jam sehari sebab dalam tempoh itu la otak rehat secukup-cukupnya. Jangan nak bersengkang mata belajar sampai 3 pagi sebab waktu tu sepatotnya waktu kita tidur dan rehat.

Kalau rasa mata korang hebat sangat, korang tidur bila korang benar-benar rasa mengantuk. Yang ini sangat-sangat efektif sebab memang benar bila kita sangat mengantuk kita akan tidur dengan lena walaupun hanya seketika. Mesti pernah berlaku pada korang kan dimana masa korang duduk atau bertongkat dagu tetiba korang tertido dan bila dah tertahan tiba-tiba korang tersedar. Bila tersedar mata secara automatik menjadi segar.

Tak percaya boleh cuba. Tidur hanya bila terlalu mengantuk.



Akhir sekali sebagai umat Islam kita percaya dengan kewujudan Allah S.W.T dan juga 'kuasa' doa. Sebelum mula belajar berdoa dan merayu kepada Allah agar korang diberikan tenaga dan semangat untuk belajar tanpa gangguan mengantuk. Allah S.W.T Maha Mendengar, In Shaa Allah kita akan dibantu olehNya.



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Sedar atau tidak kita tak boleh lari dari hidup bermasyarakat. Pindah la kawasan mana pun kita tetap akan hidup bermasyarakat tak kira la masyarakat itu berbilang bangsa atau pun hanya satu bangsa. Kalaulah mereka yang hidup dihutan, mereka juga bermasyarakat bukan dengan manusia tetapi dengan haiwan-haiwan dan serangga. Bermasyarakat la jugak kan.

Dah hidup bermasyarakat tu mesti la kena tau adab-adabnya pula kalau tak nanti jadik biadap sampai kesudah. Untuk lebih mengukuhkan pertalian masyarakat sekeliling, kita perlulah jaga adab-adab ye. Jom baca !


Akhirul Kalam. Bye !


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Entri simple dan terus kepada tujuan. Ada tak dikalangan korang yang masa belajar mesti mengantuk. Kalau tak mengantuk tu Alhamdulillah sebab Allah bagi kelebihan kat korang.

Tapi Pada korang-korang yang selalu je mengantuk mungkin, diulangi mungkin sebab 2 perkara ni. Jom baca sebab-sebab mengantuk ketika belajar.

#1 Makan Terlalu Banyak Sebelum Belajar


Tak dinafikan makanan membekalkan tenaga tapi bila korang makan banyak sangat2 menggunung nasi korang boleh menyebabkan otak kita ni tak mampu fokus kat buku/laptop sebab otak fokus kat proses penghadaman makanan yang kita makan.

Senang cite makan banyak buat otak tak mau belajar, hati jer nak belajar.


#2 Tidur Yang Tidak Cukup


Tidur tak cukup dengan automatiknya buat kita mengantuk. Belajar dari pukul 7pagi sampai 2pagi keesokan harinya. Nonsense. Buat apa belajar macam tu kalau tak mampu. Sanggup tahan mengantuk sebab kononnya pukul 12 tengah malam kawan dah tidur & sunyi, konon boleh fokus. Akibatnya esok kat kelas mengantuk, jalan pergi kelas pun macam zombie.

Bukan tak sokong korang study sampai lewat malam tapi berpada-pada la ye. Give some rest to our mind and body.

Ok.Bye !!



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang paling dahsyat didera. Beliau telah diculik, didera, dirogol dan dibunuh selama 44 hari oleh 4 orang pembunuh paling sadis. 

Honestly, sebelum ni saya tak pernah dengar mangsa rogol yang didera sedahsyat beliau. Saya cuba mencari maklumat tentang Junko dalam Bahasa Melayu, tapi masih tiada. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengumpul maklumat yang saya ada dan mengalihbahasa kepada Bahasa Melayu. Kisah beliau perlu diketahui semua manusia.

Menurut sesetengah sumber, Junko Furota dilahirkan pada 22 November 1972. Berasal dari Misato, wilayah Saitama. Maklumat ibubapanya tidak dapat diselidiki, barangkali dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melindungi maklumat keluarga beliau.

Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka. Berikut ialah senarai penculik Junko:

Hiroshi Miyano (宮野裕史 Miyano Hiroshi) (Pesalah pertama. Telah menukar namanya kepada Hiroshi Yokoyama setelah dilepaskan dari penjara(横山裕史Yokoyama Hiroshi))
Jō Ogura (小倉譲 Ogura Jō) (Menukar namanya kepada Jō Kamisaku (神作譲Kamisaku Jō?))
Shinji Minato (湊伸治 Minato Shinji)
Yasushi Watanabe (渡邊恭史 Watanabe Yasushi)
Tetsuo Nakamura (中村哲夫 Nakamura Tetsuo)
Kōichi Ihara (伊原孝一 Ihara Kōichi)

Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’.

Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.

Seksaan-seksaan yang Junko deritai:

HARI PERTAMA:
Diculik.
Dirogol (lebih daripada 400 kali)
Kebuluran dan kekurangan nutrisi
Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
Dipaksa onani
Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
Dicucuh dengan pemetik api
Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI SEBELAS:
Dipukul berulang-ulang kali
Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya
Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag
Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI 20:
Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
Dipukul dengan buluh
Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
Dipukul dengan kayu golf
Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
Dipukul dengan batang besi berulang kali.
Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

HARI 30:
Lilin panas dititiskan ke muka
Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
Dicucuk jarum di bahagian dada
Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
Saiz otak mengecut

HARI 40:
Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”
I JANUARI 1989:
Menyambut tahun baru bersendirian.
Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI 44 (HARI KEMATIAN):
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.
Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.

So that’s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.

Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah. Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan tidak tertegak untuk Junko.

Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



Untuk memantapkan iman dan taqwa beberapa langkah berikut perlu diusahakan:

Belajar hal agama dan memahami aqidah Islamyang benar, baik tentang kimanan ataupun syariat serta mengamalkannya. Kemantapan aqidah merupakan sumber kaimanan

Memahami dengan yakin konsep takdir menurut syariat Islam. Jika kita faham segala kenikmatandan rezeki ketentuan Allah s.w.t., mereka tentu tidak cemburu kepada orang lain jika mereka tidak memperolehnya.

 Yakinlah bahawa semua nikmat yang diperoleh berasal daripada Allah s.w.t. dan Dia yang memberikan kepada seseorang sesuai dengan hikmah yang diinginkan-Nya. Ingatlah, boleh jadi kenikmatan yang Allah s.w.t. berikan kepada orang lain itu tidak sesuai dengan kita.

Mengamalkan seluruh syariat Islam tanpa banyak mempersoalkan itu dan ini.

Berusaha memenuhi hak-hak saudaranya sesama muslim dan mencari teman yang boleh mengingatkan kesalahannya.

Bersyukur terhadap nikmat yang dianugerahkan kepadanya kerana Allah s.w.t. suka kepada orang yang mempunyai sifat qanaah. Sifat inilah yang akan membawa seorang pada taqwa.

Cabaran umat Islam pada akhir zaman ini amat besar. Pelbagai dugaan iman ditempuhi dan setiap umat Islam perlu meningkatkan iman dan ihsan.



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Blog putra kini berwajah baru. Suci dan murni gitu. Bukan apa asyik-asyik mengadap template gelap je skali-sekala atau mungkin selama putra nak guna template yang ini. Lebih ringan berbanding template yang lama. Lagipun template lama tu gelap, takut berjangkit kat hati putra tak pasal-pasal hati pun gelap juga.

Alang-alang dah sebut pasal gelap ni, putra nak gak la share punca-punca yang boleh menggelapkan hati:

1 - Hati anda berjemur terlalu lama, selain menggelapkan hati ia juga boleh menyebabkan 'sunburn'.
2 - Anda berada di tempat yang gelap, secara automatik hati anda juga kelihatan gelap.
3 - Hati digoreng terlalu lama, gelap disebabkan hangus.


Sudah cukup sudah bergurau. Kalau yang kat atas versi main-main, kali ni putra senaraikan punca-punca yang sebenarnya. Cuba baca dan tanya pada diri sendiri kejap. Muhasabahkan diri anda.

Punca-punca hati gelap dan keras :-

»  Suka melihat MAKSIAT.
»  Suka melihat TAHI.
»  Suka BERCAKAP dan BERFIKIRAN KOTOR.
»  TIDAK SOLAT.
»  TIDAK BACA AL-QURAN
»  Tidak bertahajjud.
»  Tidak berzikir.
»  TIDAK BERDOA.
»  SOMBONG dan ANGKUH.

Kalau ada diantara punca-punca tuh dalam diri korang cepat-cepat la cari penawarnya. Penawarnya tak susah, hanya perlu lakukan berlawanan dengan perkara yang disebut tadi.

Tadi putra ada senaraikan Punca-Punca Hati Gelap & Keras, kat bawah ni putra senaraikan pula Punca-Punca Hati Mati, lebih parah dari hati gelap. Lagi sekali, baca dan tanya pada diri sendiri kejap. Muhasabahkan diri anda.


Kalau korang baca sampai habis entri yang ni Alhamdulillah, Korang insan yang rajin bermuhasabah diri. Kalau korang tak baca sampai habis, tolong 'bookmark' entri ni sebab lain kali boleh sambung baca sebab entri ni agak panjang. Hihi. Cukup sampai disini tazkirah Jumaat 8 Mac 2013 bersamaan 25 RabiulAkhir 1434 Hijrah.




سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Situasi |  Tahun 90an kebawah


Macam tuh la situasi bila mama aku hantar pergi sekolah. Dalam kereta seronok dan hepy2 je berbual tiba-tiba sampai je dekat sekolah perbualan terhenti sebab kena turun walaupun dalam kepala otak ni banyak lagi benda nak dibualkan dengan mama aku. Tapi apakan daya, nak kena pergi sekolah.

Tapi itu dulu masa tahun 90an, sekarang ni budak-budak dah manja dan tak boleh dihalau gitu sebab kalau kena halau gitu surely budak-budak sekarang menangis. Kena cakap lemah lembut plus gemalai nak suruh anak-anak turun dari kereta then pergi ke sekolah.

Situasi |  Tahun 2000 - Hari ini


Sebab perangai segelintir masyarakat begini(gambar) la depan sekolah mama aku(mama cikgu) jem teruk. Kereta parents parking tanpa segan silu kat bahu jalan @ depan pintu pagar sekolah. Ada pula jenis yang dah hantar anak tunggu lagi sampai anak masuk kelas padahal anak mereka-mereka tuh dan duduk dalam barisan kat perhimpunan.

Consider la pada pengguna yang lain, jalan kat KL ni bukannya lengang macam kat LATAR boleh bawak laju tanpa ada AES. Kat KL ni pagi-pagi dah penuh dengan kereta tak kira la kat pelosok, penjuru dan lorong2 gelap pun mesti penuh dengan kereta. Senang cerita KL pagi-pagi kompem jem. Kesian mereka yang nak pergi keja, yang tunggu kat sekolah memang tak kerja pun so takda hal la tunggu lama mana pun sebab tak ambil tahu pasal jem.

Nak snap gambar tapi enset punya kamera kualiti menyedihkan plak, so next time la aku letak gambar. Kalau korang ada pengalaman gini share la. Komen kat bawah.

p/s : Kepada Mamaku, moga tabah menghadapi masalah jem 5 kali seminggu.

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Fear Factor Selebriti merupakan sebuah rancangan yang memaparkan artis-artis Malaysia melakukan perlbagai aksi lasak bertujuan melawan perasaan takut mereka terhadap sesuatu perkara. 

Rancangan ini bersiaran diastro saluran _ _ _ (tak tau sebab takda astro) dan di'host'kan oleh Aaron Aziz aka Malik.


Lepas tengok beberapa episod dekat rumah akak, boleh tahan jugak la acara-acara yang dorang mainkan. Ada yang melibatkan air, air, binatang berbisa, lendir dan sebagainya. Bila kita tengok kat rumah senang la cakap 'buat macam tuh la, macam ni la' tapi bila kita kat sana kompem dan yakin otak kita blank. Dan aku yakin korang pun penah rasa 'riak' sekejap macam yang aku penah buat.

Berbalik pada Fear Factor Selebriti, selain tengok kat astro yang telah diedit bagi tuh, korang boleh tengok disebalik tabir pembikinan rancangan tersebut. Kalau rajin la nak tengok Di Sebalik Tabir Fear Factor Selebriti siaran astro tuh korang boleh Klik Link dibawah yang besar-besar aku letak.

Selamat Menonton


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Membina blog bukan bererti seseorang itu rajin menaip dan sentiasa mempunyai idea untuk menaip tetapi sebenarnya ataupun realiti menjadi seorang blogger adalah sangat rumit.

Perkara yang menjadikan blogger tension:

  • Memikirkan Isi Entri
  • Memikirkan Tajuk Entri
  • Memikirkan Tentang Gambar Yang Sesuai Dengan Entri
  • Mengolah Ayat Untuk menjadikan Hasilnya Sempurna
  • Mencuba menjadikan Entrinya Berfaedah & Tidak Bosan

Dan banyak lagi.

Banyak yang perlu difikirkan oleh seorang blogger untuk menghasilkan entri yang menarik. Buat para pembaca entri blog sekalian, Harap-harap lepas ni korang takda la merungut kerap sangat bila blogger kegemaran korang tidak 'update' blog mereka. Kadang-kadang idea tak pernah nak datang walaupun dah fikirkan tajuk dan gambar yang sesuai untuk entri tuh, untuk isi pula tak tau nak cerita apa.

Entri sekarang ni pun dah mula membosankan. Malas taip panjang, takda idea.