Mungkin ramai yang lebih advance dari aku dalam bab download mendownload video dari youtube. Tapi rasanya tak salah nak kongsi ilmu yang ada.

Pada yang guna IDM (Internet Download Manager) memang senang sebabnya dah ada add-ons bila play je video kat youtube akan keluar 1 box atas kotak video macam ni.




Benda tu keluar bila IDM version compatible dengan browser version yang kita guna, kalau tak compatible dia takkan keluar. Tapi jangan risau sebab ada cara mudah nak download video dari youtube tu.

Step 1 : Search la video kat youtube yang anda nak download.

Step 2 : Letakkan 'ss' di hadapan url video youtube yang anda berminat nak download.




Tak nampak? Takpe boleh dizoom bagi lebih jelas.




Step 3 : Tak perlu nak copy & paste kat mana-mana youtube downloader, tekan je 'ENTER' dan anda akan dibawa ke sini.
Kematian merupakan sesuatu yang pasti berlaku tidak kira umur sudah tua ataupun baru lahir kedunia. Semua yang berlaku adalah rahsia Allah S.W.T dan hanya Dia lebih mengetahui perkara Ghaib.


Hukum pengurusan jenazah ialah fardu kifayah, maksudnya apabila sebahagian orang melaksanakannya, maka dianggap memadai. Pun begitu, jika tidak ada seorang pun yang melakukannya, maka berdosalah seluruh masyarakat di daerah itu. Apabila diketahui dengan jelas bahawa seseorang telah meninggal dunia, maka segeralah dilakukan hal-hal yang berkaitan dengan proses pengurusan jenazahnya.

Salah satu pengurusan jenazah ialah mengkafankannya.

Kain kafan disunatkan berwarna putih, bersih, kering, wangi dan menutupi seluruh tubuh. Sebaik-baik kain terdiri daripada tiga lapis untuk jenazah lelaki dan lima lapis untuk perempuan.

Kain kafan yang digunakan hendaklah yang baik, namun tidak perlu daripada jenis mewah dan mahal.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila salah satu antara kamu mengapankan saudaranya, hendaklah mengapankannya dengan baik.
(riwayat Muslim)

Berikut merupakan tatacara/cara melakukan urusan pengkafanan jenazah.

#1



Sediakan tiga atau lima utas tali yang dihamparkan di tempat perbaringan sebelum menghamparkan kain kafan. Tali diambil daripada kain kafan.

#2



 Ketinggian jenazah diukur untuk menentukan kepanjangan kain kafan.


#3



Kain kafan dipotong menjadi tiga bahagian.

#4



 Ketiga-tiga kain dihamparkan dalam keadaan bertindih antara satu sama lain.
Ada suka ada juga duka. Kita tidak sentiasa berada dalam keadaan suka kerana begitulah lumrah kehidupan. Kalau korang dalam keadaan berduka & sedih janganlah merungut serta mengeluh tapi banyakkan berdoa dengan doa ni:


Maksudnya


"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang."

Berdoalah kepada Allah S.W.T ketika suka atau duka kerana Dia Maha Mendengar keluh kesah hamba-Nya. Kalau korang rasa entri ni bermanfaat, share la kepada kawan-kawan anda yang tengah berduka/bersedih.

K Bai.

Seronok sangat kalau dapat tidur nyenyak senyenyaknya kan tanpa gangguan daripada segalanya. Tidur semata-mata dan bila sedar for sure mata akan rasa sangat segar bugar dan refreshing. Walaupun begitu dah tentu kita tak nak bila dah tidur akan tidur selamanya tak bangun-bangun & I think korang faham apa yang aku maksudkan.


Celik mata apa yang biasa korang buat? Pasti ada yang terus tengok henpon canggih masing-masing kan. Harap lepas baca entri kali ni kita sama-sama dapat ubah rutin bangun tidur tu.

Dengan lakukan 3 langkah mudah ni, hari anda akan lebih bermakna dan seronok.



Langkah #1
Sebut nama allah. Boleh mula dengan doa bangun tidur:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya : 
"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya kami akan kembali."

BERSEMANGAT

Orang yang bersemangat akan dapat melepasi halangan dan ujian serta menetapkan sasaran kejayaan. Tetapkan jiwa kita untuk memiliki sesuatu yang luar pada kebiasaannya. Tentukan sendiri cara kita melihat masa depan kita.


"Bagaimana cara kita melihat menentukan cara kita bertindak"

Andai kita tak memiliki semangat yang kental dan cukup power dalam menghadapi badai dan rintangan serta susah payah untuk berjaya, sudah pasti usaha untuk kita berjaya terhenti di tengah jalan.

Astaghfirullahal ‘Adzim, semakin teruk dan rosak akidah segelintir anak remaja kita. Disebabkan 'cinta' kepada pakwe/makwe sanggup mengeluakan kata-kata yang boleh merosakkan akidah dorang.

Perkara macam ni selalunya berlaku di laman sosial yang menjadi medium utama dorang nak luahkan rasa cinta dan sayang kat pasangan masing-masing atau senang cerita nak SHOW OFF kisah cinta dorang yang kononnya macam Romeo & Juliet dan pasangan dalam cerita Laila Majnun.


Samada dorang sengaja atau tak tu bukan alasan untuk dorang cakap macam tu sebab kata-kata begitu boleh merosakkan akidah dorang.

Nak menegur atau menasihat di media sosial sangat susah sebab akan dicop 'Ustaz Google', 'Ostad & Ostajah' dan gelaran-gelaran lain. Bagi mereka, hanya ustaz & ustazah yang belajar ilmu agama di timur tengah saja yang layak untuk tegur menegur orang lain.

Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud :

“Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.”

(Riwayat Oleh Muslim)

Tapi, sometimes si penegur menggunakan kata-kata yang kesat dan mendoakan perkara yang tidak baik kepada dorang. Kita nak menegur biarlah beradab bukan biadab. Macam mana dorang nak berubah kearah yang lebih baik kalau