3 Langkah Menyerikan Pagi Anda

/
3 Comments
Seronok sangat kalau dapat tidur nyenyak senyenyaknya kan tanpa gangguan daripada segalanya. Tidur semata-mata dan bila sedar for sure mata akan rasa sangat segar bugar dan refreshing. Walaupun begitu dah tentu kita tak nak bila dah tidur akan tidur selamanya tak bangun-bangun & I think korang faham apa yang aku maksudkan.


Celik mata apa yang biasa korang buat? Pasti ada yang terus tengok henpon canggih masing-masing kan. Harap lepas baca entri kali ni kita sama-sama dapat ubah rutin bangun tidur tu.

Dengan lakukan 3 langkah mudah ni, hari anda akan lebih bermakna dan seronok.



Langkah #1
Sebut nama allah. Boleh mula dengan doa bangun tidur:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya : 
"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya kami akan kembali."



Langkah #2
Langkah berikutnya sering kita lakukan dalam kehidupan seharian sekurang-kurangnya 5 kali sehari malah mungkin lebih daripada itu iaitu berwuduk. Dengan berwuduk boleh menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.



Langkah #3
Bersolat. Solat wajib atau sunat boleh dilakukan waktu pagi. Bangun tidur waktu subuh tunaikanlah solat subuh manakala selepas waktu syuruk boleh tunaikan solat Dhuha.


Kesan serta Impak melakukan 3 langkah tersebut ialah ketika waktu pagilah waktu yang paling malas untuk kita melakukan sesuatu perkara. Kemalasan itu sebenarnya berpunca daripada hasutan syaitan yang kreatif dalam bab-bab menghasut.

Jadikan perkara yang berlaku semalam sebagai satu pengajaran untuk menempuh hari ini dengan persediaan yang secukupnya.


dengan melakukan langkah-langkah diatas mampu untuk melawan hasutan syaitan dan tentunya kita akan mampu untuk bangun dengan rasa bersemangat, rajin dan berada dalam keadaan positif.

Selamat Beramal. K Bai.




You may also like

3 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian :)

    http://vitaminboutique.blogspot.com/

    ReplyDelete