10 Tatacara Mengkafankan Jenazah

/
0 Comments
Kematian merupakan sesuatu yang pasti berlaku tidak kira umur sudah tua ataupun baru lahir kedunia. Semua yang berlaku adalah rahsia Allah S.W.T dan hanya Dia lebih mengetahui perkara Ghaib.


Hukum pengurusan jenazah ialah fardu kifayah, maksudnya apabila sebahagian orang melaksanakannya, maka dianggap memadai. Pun begitu, jika tidak ada seorang pun yang melakukannya, maka berdosalah seluruh masyarakat di daerah itu. Apabila diketahui dengan jelas bahawa seseorang telah meninggal dunia, maka segeralah dilakukan hal-hal yang berkaitan dengan proses pengurusan jenazahnya.

Salah satu pengurusan jenazah ialah mengkafankannya.

Kain kafan disunatkan berwarna putih, bersih, kering, wangi dan menutupi seluruh tubuh. Sebaik-baik kain terdiri daripada tiga lapis untuk jenazah lelaki dan lima lapis untuk perempuan.

Kain kafan yang digunakan hendaklah yang baik, namun tidak perlu daripada jenis mewah dan mahal.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila salah satu antara kamu mengapankan saudaranya, hendaklah mengapankannya dengan baik.
(riwayat Muslim)

Berikut merupakan tatacara/cara melakukan urusan pengkafanan jenazah.

#1



Sediakan tiga atau lima utas tali yang dihamparkan di tempat perbaringan sebelum menghamparkan kain kafan. Tali diambil daripada kain kafan.

#2



 Ketinggian jenazah diukur untuk menentukan kepanjangan kain kafan.


#3



Kain kafan dipotong menjadi tiga bahagian.

#4



 Ketiga-tiga kain dihamparkan dalam keadaan bertindih antara satu sama lain.

#5



 Hamparkan kapas gulung di tengah-tengah kain memanjang ke bawah mengikut anggaran saiz jenazah.

#6



 Serbuk cendana ditaburkan diatas kain kapas yang telah dibentangkan.

#7 



Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian, baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan. Tutup jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian berikut:

  1. Kemaluan.
  2. Wajah (muka).
  3. Kedua-dua buah dada.
  4. Kedua-dua telinga.
  5. Kedua-dua siku tangannya.
  6. Kedua-dua tumitnya.

#8



 Sekali lagi taburkan serbuk kayu cendana di atas kapas yang berada di atas jenazah. Kain kafan diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, satu persatu.

#9



Kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Bermula daripada bahagian hujung kaki, lutut dan pinggang. Ikatan hendaklah hidup (boleh dibuka) kerana tali ini akan dibuka semula ketika dalam kubur.

#10



Biarkan bahagian muka terbuka untuk tatapan sanak saudara. Tali di bahagian leher dan atas kepala diikat apabila jenazah sedia untuk diusung atau disembahyangkan. Setelah siap diikat renjis-renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.


Semoga perkongsian ringkas ni dapat menambah ilmu pengetahuan kita dalam bab pengurusan jenazah. InsyaAllah akan menyusul perkongsian yang lain berkenaan pengurusan jenazah.

K Bai.




You may also like

No comments: