سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Situasi |  Tahun 90an kebawah


Macam tuh la situasi bila mama aku hantar pergi sekolah. Dalam kereta seronok dan hepy2 je berbual tiba-tiba sampai je dekat sekolah perbualan terhenti sebab kena turun walaupun dalam kepala otak ni banyak lagi benda nak dibualkan dengan mama aku. Tapi apakan daya, nak kena pergi sekolah.

Tapi itu dulu masa tahun 90an, sekarang ni budak-budak dah manja dan tak boleh dihalau gitu sebab kalau kena halau gitu surely budak-budak sekarang menangis. Kena cakap lemah lembut plus gemalai nak suruh anak-anak turun dari kereta then pergi ke sekolah.

Situasi |  Tahun 2000 - Hari ini


Sebab perangai segelintir masyarakat begini(gambar) la depan sekolah mama aku(mama cikgu) jem teruk. Kereta parents parking tanpa segan silu kat bahu jalan @ depan pintu pagar sekolah. Ada pula jenis yang dah hantar anak tunggu lagi sampai anak masuk kelas padahal anak mereka-mereka tuh dan duduk dalam barisan kat perhimpunan.

Consider la pada pengguna yang lain, jalan kat KL ni bukannya lengang macam kat LATAR boleh bawak laju tanpa ada AES. Kat KL ni pagi-pagi dah penuh dengan kereta tak kira la kat pelosok, penjuru dan lorong2 gelap pun mesti penuh dengan kereta. Senang cerita KL pagi-pagi kompem jem. Kesian mereka yang nak pergi keja, yang tunggu kat sekolah memang tak kerja pun so takda hal la tunggu lama mana pun sebab tak ambil tahu pasal jem.

Nak snap gambar tapi enset punya kamera kualiti menyedihkan plak, so next time la aku letak gambar. Kalau korang ada pengalaman gini share la. Komen kat bawah.

p/s : Kepada Mamaku, moga tabah menghadapi masalah jem 5 kali seminggu.

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Fear Factor Selebriti merupakan sebuah rancangan yang memaparkan artis-artis Malaysia melakukan perlbagai aksi lasak bertujuan melawan perasaan takut mereka terhadap sesuatu perkara. 

Rancangan ini bersiaran diastro saluran _ _ _ (tak tau sebab takda astro) dan di'host'kan oleh Aaron Aziz aka Malik.


Lepas tengok beberapa episod dekat rumah akak, boleh tahan jugak la acara-acara yang dorang mainkan. Ada yang melibatkan air, air, binatang berbisa, lendir dan sebagainya. Bila kita tengok kat rumah senang la cakap 'buat macam tuh la, macam ni la' tapi bila kita kat sana kompem dan yakin otak kita blank. Dan aku yakin korang pun penah rasa 'riak' sekejap macam yang aku penah buat.

Berbalik pada Fear Factor Selebriti, selain tengok kat astro yang telah diedit bagi tuh, korang boleh tengok disebalik tabir pembikinan rancangan tersebut. Kalau rajin la nak tengok Di Sebalik Tabir Fear Factor Selebriti siaran astro tuh korang boleh Klik Link dibawah yang besar-besar aku letak.

Selamat Menonton


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Membina blog bukan bererti seseorang itu rajin menaip dan sentiasa mempunyai idea untuk menaip tetapi sebenarnya ataupun realiti menjadi seorang blogger adalah sangat rumit.

Perkara yang menjadikan blogger tension:

  • Memikirkan Isi Entri
  • Memikirkan Tajuk Entri
  • Memikirkan Tentang Gambar Yang Sesuai Dengan Entri
  • Mengolah Ayat Untuk menjadikan Hasilnya Sempurna
  • Mencuba menjadikan Entrinya Berfaedah & Tidak Bosan

Dan banyak lagi.

Banyak yang perlu difikirkan oleh seorang blogger untuk menghasilkan entri yang menarik. Buat para pembaca entri blog sekalian, Harap-harap lepas ni korang takda la merungut kerap sangat bila blogger kegemaran korang tidak 'update' blog mereka. Kadang-kadang idea tak pernah nak datang walaupun dah fikirkan tajuk dan gambar yang sesuai untuk entri tuh, untuk isi pula tak tau nak cerita apa.

Entri sekarang ni pun dah mula membosankan. Malas taip panjang, takda idea.


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Kadang-kadang tertanya-tanya macam mana blogger lain boleh dapat hits yang melampau kat blog dorang. Entri yang simple dan 5 ayat pun dapat hits 2k pageviews. I wonder how come they can get all that. Sometimes cemburu pun ada gak. Tapi strategi pemasaran masing2 kan.



Idea tak datang bila nak buat entri, bila dh buat entri isi tak menarik. Kena banyak buat research ni. Kepada 5 orang follower blog neh, thanks sebab sudi follow. Terharu dengan pengorbanan korang mem'follow' blog yang bosan neh..




سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Tiba-tiba putra teringin nak buat entri berkenaan insan yang pernah memeriahkan dunia musik nasyid negara kita. Mereka berdakwah melalui lagu-lagu nasyid yang mereka nyanyikan.

Pemergian mereka mengadap Illahi memberikan impak yang besar terhadap dunia hiburan nasyid. Kehilangan pendakwah & penasyid tanah air seperti mereka amat dirasai oleh peminat-peminat genre nasyid di Malaysia.

Azahari Ahmad | 29 Sept 2001

Beliau meninggal dunia ketika Anugerah Era sedang berlangsung di Genting Highland ,Pahang.


Sedikit info tambahan mengenai Kumpulan Raihan yang pernah dianggotai oleh
Allahyarham Azahari Ahmad.

RAIHAN adalah sebuah kumpulan nasyid yang berasal dari Malaysia yang membawa erti haruman dari syurga. Kumpulan ini ditubuhkan bersama oleh Farihin Abdul Fattah pada 1996.

Anggota asal kumpulan ini adalah :
  • Azahari Ahmad (Allahyarham),
  • Nazrey Johani,
  • Abu Bakar Mohd Yatim,
  • Che Amran Idris
  • Amran Ibrahim.

Kemunculan Raihan pada penghujung 90-an telah menggegarkan Malaysia dan bermulalah industri nasyid secara komersial. Lagu-lagu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia.

Susulan dengan itu, Raihan terkenal hingga ke seluruh pelusuk dunia dengan irama yang segar sehingga muzik mereka menjadi asas rujukan nasyid kontemporari dunia. Saban tahun, pasti Raihan menjelajah ke merata dunia seperti Eropah, Timur Tengah, China, Indonesia dan Australia. 

Tidak hairanlah dalam album Syukur pada 1998, pendakwah terkenal Yusuf Islam (dahulunya Cat Steven) berduet untuk lagu Rakan Selawat: The Seal of The Prophet dan God Is The Light.


Mohamad Asri Ibrahim | 13 August 2009


Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi.

Kumpulan Rabbani merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 March 1997.

Rabbani yang bermaksud Yang Arif dan Yang Soleh bermatlamat untuk menyeru diri, keluarga dan masyarakat kearah kebaikan.

Kumpulan Rabbani dianggotai oleh 11 anggota yang kesemuanya lelaki :
  • (Asri) Mohamad Asri bin Ibrahim | (Meninggal dunia)
  • (Zul) Zulkiflee bin Azman
  • (Rahmat) Ahmad bin Syafie
  • (Asri Ubai) Mohd Asri bin Ubaidullah
  • (Deen) Mohd Rithaudden bin Yaakob
  • (Lokman) Mohd Loqman bin Abd. Aziz
  • (Azadan) Azadan bin Abdul Aziz
  • Hamzah bin Hasyim
  • M. Afendi bin Shahbudin
  • Nazrul Azhar bin Tamrin
  • Azizan bin Khalid 

Sedih dengan pemergian mereka. Setiap yang hidup pasti akan mati. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat, ahli keluarga, sesama muslim dan tak lupa juga kepada Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) & Allahyarham Azahari Ahmad.

Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.