Maulidur Rasul 1434 Hijrah | 2013 Masihi

/
0 Comments


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Pada 24 Januari 2013 hari tu semua umat Islam tak kira dekat mana pun menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. iaitu nabi dan Rasul yang terakhir. Selawat bergema disetiap pelusuk dunia. Perarakan di peringkat Kebangsaan berlangsung kat putrajaya tapi putra sendiri tak dapat nak join atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Lagipun jarak tak membenarkan putra nak join perarakan tu. By the way, sempena Maulidur Rasul yang setahun sekali jer muncul neh mari kita renung2kan beberapa hadis Rasulullah S.A.W.

Dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

  • Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. 
[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

  • Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.
 [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

  • Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. 
[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]



Banyak sungguh fadhilat berselawat keatas Rasulullah S.A.W kekasih Allah. Dengan berselawat juga kita dapat PAHALA. Goyang kaki pon dapat ganjaran, belum betul2 kusyuk lagi.

Bila berselawat teringat kat Baginda, menitis air mata. Ya Rasulullah, Kami umatmu amat merinduimu.







You may also like

No comments: