Speed WIFI Super Slow

/
0 Comments
Salam

Sedih bila mengenangkan speed wifi kat tempat belajar ni. Nama gah 'British' tapi speed wifi tak segah namanya. Bagi aku yang bayar beribu-ribu duit untuk belajar kat sini, wifi menjadi keutamaan aku. Mana tak nya bila nak google untuk cari bahan rujukan belajar pun kena tunggu page habis loading serupa tunggu ayam jantan bertelur walaupun router wifi dekat sangat ngan bilik hostel.



Sambung cita. Kira dah bernasib baik kalau sesi meng'google' berjalan lancar dan dapat masuk page tu, tapi kadang kadang punya lama tunggu resultnya 'page loading error'. Perghhhh, menyirap rasanya sambil keluar maki hamun kat wifi.

Wifi dah sebenarnya keperluan kat setiap universiti. Student bayar yuran fasiliti dan lain2 yuran untuk rasa selesa bila ada kat U tapi aku tak rasa pun kemudahan asas tu.

Rasanya tak guna melalak kat blog pasal wifi hostel ni. buat penat jari menaip je. So, K bai.


You may also like

No comments: