Muhasabah | 7 Amalan Akhlak Mulia

/
0 Comments

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Ya Allah, lapangkanlah dadaku ini agar sentiasa mendoakan kebaikan kepada sahabat yang lain.

"Itulah yang Allah gembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah" 'Aku tidak meminta kepadamu upah untuk ajaran Islam yang aku sampaikan itu, melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat. Dan sesiapa yang mengerjakansesuatu yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya."
( Surah asy-Syura 42: 23)




Untuk berasa selesa dan dapat menjalani kehidupan serta dapat melakukan ibadat dengan tenang, kita amat dianjurkan supaya mengamalkan akhlak mulia. Bukan sahaja untuk diri kita malah dapat memberi manfaat kepada orang disekeliling kita. Mudah-mudahan dengan perkongsian kali ni kita sama-sama bermuhasabah diri dan saya juga nak saling ingat-mengingatkan tentang 7 amalan ini sesama kita.

Amalkan 7 akhlak mulia ini:

Bersikap benar dan amanah - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa dengan kejujuran kita.

Menjaga maruah diri - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati pegangan agama kita.

Bersabar ketika menghadapi kesusahan - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa berlapang dada membantu kita.

Menepati dan menunaikan janji - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling percaya dan menghormati pandangan kita.

Berani dan pemurah - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa bersama kita dalam susah mahupun senang.

Berlemah lembut dengan mahkluk lain - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa di samping kita.

Berasa mulia dengan keimanan - Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati dan menghargai bahawa Islam itu indah.




You may also like

No comments: