Mengetahui 5 Kunci Kejayaan

/
1 Comments
BERSEMANGAT

Orang yang bersemangat akan dapat melepasi halangan dan ujian serta menetapkan sasaran kejayaan. Tetapkan jiwa kita untuk memiliki sesuatu yang luar pada kebiasaannya. Tentukan sendiri cara kita melihat masa depan kita.


"Bagaimana cara kita melihat menentukan cara kita bertindak"

Andai kita tak memiliki semangat yang kental dan cukup power dalam menghadapi badai dan rintangan serta susah payah untuk berjaya, sudah pasti usaha untuk kita berjaya terhenti di tengah jalan.



BERANI MENGHADAPI KEGAGALAN

Ramai usahawan dan individu yang berjaya di dunia ini bermula dengan kegagalan. Daripada kegagalan yang mereka tempuhilah mereka bangun semula untuk membuktikan sekali gagal bukan selamanya akan gagal. Realitinya kegagalan ialah peluang untuk mencapai kejayaan dan membuat penambahbaikan.

"Kejayaan tidak memerlukan penjelasan, kegagalan harus dibetulkan dengan alasan-alasan."

Kita perlu kental untuk menerima kegagalan kerana melalui kegagalan, kita belajar untuk menjadi sempurna. Berjaya setelah mengalami kegagalan merupakan kenangan manis yang mungkin anda tidak akan dapat lupakan.



BERUSAHA KE ARAH KEJAYAAN


Berfikir untuk berjaya sahaja tidak menjadikan korang orang yang berjaya. Berfikir semata-mata tanpa usaha menjadikan kita takut untuk menghadapi kegagalan. Aturlah langkah yang terbaik untuk memastikan kejayaan yang kita impikan berada dalam genggaman.



ISI JIWA DENGAN IMAN

Setiap individu mempunyai kepercayaan masing-masing. Tapi bagi seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam kita percaya yang Iman kepada Allah ialah sumber kekuatan.


Tingkatkan keimanan kepada Allah S.W.T agar kita sentiasa mendapat keberkatan dalam apa jua yang kita lakukan.



BANYAKKAN MENUNTUT ILMU

Ilmu tidak datang dengan sendirinya kepada kita tapi kita yang kena pergi mencari ilmu. Ramai yang tahu ilmu merupakan penyuluh kehidupan kerapa tanpa ilmu susah untuk melakukan sesuatu tapi ingatlah:

"Pengetahuan tidak berguna sebelum menjadi manfaat
melalui tindakan"

Dari kecil lagi kita sentiasa mempelajari ilmu, dari menggenggam nasi untuk makan hinggalah berjaya makan dengan betul. Allah juga bersama dengan orang yang rajin menuntut ilmu malah Allah berjanji memudahkan jalan ke syurga bagi sesiapa yang memilih jalan menuntut ilmu. Subhanallah !


P.S : Harap perkongsian ni bermanfaaf untuk semua.



You may also like

1 comment:

  1. terima kasih...perkongsian yang sangat berguna :)

    http://vitaminboutique.blogspot.com/

    ReplyDelete